Monday, August 3, 2015

MAKSUD NAMA ZUYYIN INSYIQA

Assalamualaikum..


                                               
ZUYYIN INSYIQA BINTI JUMAIDIN

Nabi saw menggalakkan kepada umatnya agar memberi nama yang terbaik. Baginda bersabda:

'' Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan nama mu dan nama bapa kamu.elokkanlah nama-nama kamu'


Entry kali ni, aku mau berkongsi petua memilih nama anak, almaklum lah, kita kan new mama.. hahaha, dan pemilihan nama anak adalah aku sangat titik beratkan, first aku memilih nama, aku pilihkan nama untuk nama anak adik aku, hahaha.. sebab dia suri rumah sepenuh masa, dia memang takda idea lah mau pilih nama apa, lagi-lagi my father dah berangan-berangan mahu bagi nama anak dia, kan cucu first. namun nama yang my father mahu bagi tu maksud sudah cantik, tapi bilang my sister agak klasik lah pulak. kakakaka.. lucu sangat. akhirnya setelah bingung berapa hari dapat lah nama yang dia orang dah persetujui. kekeke, namun my father pulak tidak bersetuju bcoz nama tu agak panjang dan 2 patah perkataan.. my father memang pantang nama panjang-panjang ni. kata nya macam ni. '' nama panjang-panjang ni, ndak bagus. nanti budak tu rezeki pun putus-putus. adakah patut??? hehe.. ok kita tinggalkan kesah tersebut.

ok, bila aku tahu yang aku pregnat, aku dah mula google sana-sini nama-nama dalam islam, semua nama yang aku suka tu, memang indah belaka.. tapi nama tu banyak sangat orang dah guna. ermm.. bila dah jumpa yang jarang orang pakai my en suami pulak tidak berkenan.. yang lucunya aku asik cari nama baby perempuan.. hahaha, padahal kitaorang ndak tahu lagi jantina baby ni. sebab baru 1 bulan hamil. adakah patut..

namun hari demi hari bulan demi bulan, list nama baby pun dah ada, tapi belum pasti lagi mana yang berkenan di hati, penat lah pulak asik bertukar nama aja bila mengoogle. namun bila kita sepakat nak scan jantina baby, dan kiranya doktor sudah pun comfirm kan, yang kami akan mendapat baby girl. my eh suami, sangatlah happy.. terus balik rumah en suami mengoogle nama baby, kunun ini mahu di kasih comfirm sudah. hahaha, aku pun apa lagi terus ikut mengoogle. semangat waja gitu.

Bila asik mencari nama tu, terpandang pulak maksud nama gini - DIJADIKAN INDAH, cantik jugak maksud nama ni, spell dia pulak ZUYYIN - DIJADIKAN INDAH, terus en suami gam nama ni kat tepon dia, dia suka sangat nama ni, aku pun apa lagi, double2x lah suka. bcoz nama i pun bermula dari huruf (Z)

aku pulak sibuk google, nama padanan zuyyin ni, tapi tak dapat.. mula tu putus asa jugak.. sebab dari pagi hingga petang ini saja ku di pejabat, macam tidak berkat pulak kerja ari tu ---> dapat hidayah

bayangkan lebih 3 bulan asik cari nama saja, sebab nama padanan susah betul mau masuk kekadang, rasa macam mau ciplak jak nama anak orang. (adakah patut)

akhirnya dapat padanan nama ni ;-

1.Nada Zuyyin - Embun Di pagi Hari, Di jadikan indah (En Suami Tidak Berkenan)

2.Qisya Zuyyin - Hidup dalam keadaan baik. varian dari dari aisya . dijadikan indah (Rupanya kawan en suami, nama anak dia Qisya)

3.Aina Zuyyin - Mempunyai mata yang cantik (En Suami Tidak Berkenan)

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menamakan anak aku NUR ZUYYIN saja, bcoz Nur maksudnya Cahaya, Zuyyin pulak dijadikan indah. simple but smart. hahaha.. en suami pun bersetuju.. ok, save nur zuyyin.

tapi macam mana pulak, nama bertukar ke zuyyin insyiqa??? ermmm panjang cerita nya.. macam ni, bila dah akhir2x bulan ni.. perasaan ibu hamil ni, lain macam tau. ndak tau lah macam mana mahu ku gambarkan, aku rasa. aku jadi penakut.. aku asik fikir macam mana bila aku melahirkan tu, sebab banyak orang cakap, bersalin ni.. antara hidup dan mati jak. yesss its true, kadang tu aku mimpi yang tidak2x sebab asik memikir jak yang tidak2x.. adehhh.

sampailah satu hari tu, aku sibuk mengoogle cara meneran lah, cara bersalin lah.. semua ni aku ambil dari blog2x ibu bersalin normal. kunun.. akhirnya aku rasa myb aku boleh ikut.. myb tidak, sebab bila sakit tu kita ingat ka semua tu?? owhhh tidak boleh jadi ni. bagus aku google.. doa2x bersalin mudah.. insyaALLAH.

Google punya google, banyak sudah doa ku save di mindaku, tapi pada satu hari tu.. myb 2 minggu sebelum aku melahirkan c,zuyyin tu.. aku mengoogle lagi doa memudahkan bersalin jugak. terjumpa pulak aku 1 blog ni, dia senarai semua doa2x untuk bakal ibu bersalin.. aku apa lagi sedia pen kertas. terus menulis..


tapi terpandang pulak satu doa ni.. doa ni untuk ibu bakal melahirkan jugak ; -

Surah al-Insyiqaaq (سورة الإنشقاق) adalah surah yang ke-84 dalam AL-QURAN. surah ni terdiri atas 25 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah serta diturunkan setelah surah al-infitar

Surah al-insyiqaaq (terbelah)
peristiwa-peristiwa tentang hari kiamat, aku pulak pernah mimpi kiamat, bukan sekali tetapi lebih dari sekali, ALLAHHUALAM.. mungkin ini peringatan ALLAH kepada hambanya..

dan akhirnya, setelah aku terbaca doa ni, aku pun mengambil keputusan untuk menamakan anak aku dengan nama sempena nama surah ni. INSYIQAAQ..tapi husban cakap INSYIQA sebab sebutan nya hampir sama..

ini la nama cinta hati ku, syurga ku.. insyaALLAH

ZUYYIN INSYIQA~~ dijadikan indah, surah insyiqaaq ayat 84.

publish..

Dengan ini kawan-kawan moga-moga perkongsian aku ni dapat dikongsi bersama ibu-ibu yang tercari-cari nama yang sesuai, sudah semestinya kita inginkan nama anak yang bakal dilahirkan ini penuh maksud yang baik2x insyaALLAH.










No comments:

Post a Comment

Kisukisuka@idahku's Blog Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah